http://img42.imageshack.us/img42/8629/banner1as.gif

2011年6月16日星期四

Ratu Pop Jepun, Ayumi Hamasaki


Dilahirkan di Fukuoka, Jepun pada tahun 1978, Ayumi bukanlah lahir dari keluarga yang senag lenang. Beliau terpaksa meninggalkan bangku sekolah dan bekerja di Tokyo pada usia 14 untuk menyara keluarga. Sambil bekerja dia juga belajar tetapi asyik ponteng kelas kerana merasakan kelas ajaran itu terlalu membosankan. Kerja sampingan sebagai model walaupun telah membantunya memasuki dunia hiburan, dengan merakamkan album dan berlakon di siri drama, namun ia tidak cukup untuk menaikkan namanya di persada seni jepun.
Titik bermulanya perubahan karier Ayumi Hamasaki ialah bila dia telah dihantar oleh Avex( syarikat rakaman terbesar Jepun)ke US untuk latihan vocal dan muzik. Ayumi juga sangat berbakat dalam penulisan lirik. namun sekali lagi dia ponteng kelas latihan kerana menurutnya lagi, kelas tersebut membosankan. Jadi pihak syarikat terpaksa membatalkan kelasnya dan menghantarnya balik ke Jepun dan terus merakamkan single, yang bertajuk 'Poker Face'. Lagu ini mendapat sambutan mengalakkan dan menjurus kepada rakaman single lain seperti 'depend on you', 'trust' dan lain lain.
Album kedua beliau " A song for xx" diedarkan pada tahun 1999. Melalui album ini juga, Ayumi telah merasakan popularitynya meningkat naik. Album ini menduduki carta jualan Oricon di tempat pertama selama 5 minggu, dan mencecah jualan sebanyak 1.6 juta unit.
Album ketiga, "loveappear" merupakan album yang mengukuhkan kedudukan Ayumi Hamasaki sebagai Ratu Pop Jepun, dimana album ini telah terjual sebanyak 2.6juta unit. pada tahun itu juga, single seperti 'boys&girls', 'fly high', 'seasons' merupakan juara carta oricon dan masing masing mencecah jualan 1 juta unik.
Dalam 12 tahun pembabitan sebagai anak seni, beliau menghasilkan 11 studio album, 35 Single. Jualan kesemuannya mencecah 50juta unik!! Pencapaian ini meletakkan Ayumi sebagai artis paling berjaya dalam sejarah persada seni Jepun di tempat ketiga keseluruhan, dan tempat pertama bagi kategori artis wanita. Dan merupakan artis wanita paling berpengaruh di asia setakat ini.

Dibawah adalah Muzik video lagu " appears". Melalui Muzik video ini, peminat boleh rasakan kehebatan dan aura "ratu" didalam diri Ayumi Hamasaki.


没有评论:

发表评论